Kelab Astronomi USM (Astronomy Club of USM)


About Us

1. Atas rasional kurangnya wadah untuk masyarakat PEDALAMAN, LUAR BANDAR mahupun BANDAR mempercambahkan ilmu dan idea berkenaan astronomi dan sains angkasa di Malaysia, pelajar USM dari pelbagai latar belakang jurusan mengambil pendekatan untuk menubuhkan Kelab Astronomi Universiti Sains Malaysia bagi membina JARINGAN DAN PENDEKATAN YANG LEBIH EFEKTIF KEPADA SEMUA TANPA MENGIRA UMUR, STATUS DAN WARNA KULIT;

2. Merupakan inisiatif mahasiswa bagi membentuk KONSORTIUM PENCINTA ASTRONOMI yang mengintegrasikan peminat PROFESIONAL DAN AMATUR dari seluruh MALAYSIA DAN DUNIA;

3. Menganjurkan pelbagai program, aktiviti dan acara ilmiah yang BUKAN SEKADAR BERTUMPU KEPADA ASTRONOMI sebaliknya turut mencakupi ilmu fizik, kimia, biologi, matematik, kejuruteraan, sastera, undang-undang, seni dan agama;


4. Menjadi bukan sekadar pemangkin kepada VARIASI CETUSAN INPUT DAN OUTPUTdalam sains, teknologi dan inovasi (STI) falak sebaliknya turut bertindak selaku perintis kepada PENEMUAN-PENEMUAN objek dan pencetus pelbagai cabang teknologi BARU;


5. Membina JAMBATAN antara penyelidik/pelajar universiti untuk menyumbangkan KEPAKARAN dalaman kepada masyarakat luar khusu untuk pelajar yang berpotensi menjadi saintis, inovator dan ilmuan;


6. Menyuburkan minat orang ramai sekaligus mempromosikan KURSUS MINOR ASTRONOMI yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF) USM;


6. Oleh yang demikian, dicadangkan Kelab Astronomi Universiti Sains Malaysia untuk MENJANA KEKUATAN INOVASI DAN PENYELIDIKAN dalam bidang astronomi sekaligus MEMBEBASKAN KECERDIKAN serta MENDORONG PERUBAHAN POSITIF bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia.

[ENGLISH]

1. The fact that people from rural, suburban and urban areas in Malaysia have not enough source to widen their knowledge and ideas in the field of Astronomy has encouraged USM students from various field of studies to establish Kelab Astronomi USM (USM astronomy club) TO BUILD A MORE EFFICIENT NETWORK INVOLVING ALL AGES, GENDERS, STATUS AND RACES;

2. As an initiative towards ASTRONOMY-LOVING CONSORTIUM that includes PROFESSIONALS AND AMATEURS FROM ALL OVER MALAYSIA AND THE WORLD;

3. Organizing various programs, activities and events that are NOT JUST FOCUSING ON ASTRONOMY but also astrophysics, aerospace, engineering, literature, laws, arts etc.;

4. To be not just catalyst to various sparks of inputs and outputs in sciences, technologies and innovations , but also as pioneer to discover objects and various new technologies;

5 To encourage public’s interest and to promote minor course in astronomy offered by the School of Physics, USM;

6 Therefore, Astronomy Club of USM are suggested to SUSTAIN THE MOMENTUM IN INNOVATION AND RESEARCH in the field of astronomy, and ENCOURAGE IDEAS AND POSITIVE CHANGES of millions of people of the world.

Contact

Location:USM, Georgetown, Penang, 10800
Malaysia
Email:[email protected]
Phone:+60133640791

Selection of Our Affiliates

Featured Affiliates